24 December 2007

Segera! Bantuan Komunikasi Diperlukan

Written by 9W2BBS - Fahroe Ibrahim
Sunday, 23 December 2007
Segera! Segera! Segera!

Makluman kepada Emergency Response Team (ERT) MARES dan semua warga MARES,

Bantuan komunikasi diperlukan bagi membantu kumpulan Perubatan dan Bantuan Bencana, dibawah kelolaan Pihak Berkuasa, bermula pada 26 sehingga 27 Disember 2007 ini. Kumpulan akan bergerak ke daerah Pekan, Pahang.

Mana-mana rakan yang boleh membantu, sila hubungi 9M2AU Aziz di talian 016-90077639 atau 9W2STT Salleh di talian 019-2761499 dengan kadar SEGERA. Sila sediakan peralatan dan keperluan komunikasi anda untuk menyertai bantuan ini. Rakan-rakan yang mempunyai kenderaan 4x4 juga amat diperlukan bagi misi kali ini.

Kerjasama dan bantuan semua warga MARES amatlah dihargai.

73 de MARES ERT.


' SAVING LIVES THROUGH THE AIRWAVES ' de 9w2aam