24 December 2007

Misi Bantuan Kemanusiaan

Written by 9W2BBS - Fahroe Ibrahim
Sunday, 23 December 2007
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Warga Ham Radio,

MARES sedang merancang untuk membuat misi bantuan kemanusiaan ke daerah-daerah pendalaman di Negeri Pahang, seperti di Lancang, Teriang dan sebagainya yang terbabit dengan banjir baru-baru ini.

Dengan sedemikan, kami ingin memohon sumbangan dari orang ramai dan warga ham yang sudi dalam bentuk makanan, peralatan persekolahan, wang tunai dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sumbangan dalam bentuk pakaian tidak diperlukan. Sumbangan untuk kelancaran operasi misi juga amat dialu-alukan (seperti makanan, petrol/diesel, peralatan komunikasi, dan lain-lain).

Segala bentuk sumbangan, bolehlah dihantar terus ke Rumah Kelab MARES.

Bagi sumbangan berbentuk peralatan persekolahan, diharapkan agar sumbangan tersebut boleh diberikan dalam bentuk "goodie bag", untuk pelajar sekolah rendah atau menengah. Kandungan "goodie bag" boleh terdiri daripada beg sekolah, peralatan menulis, buku tulis atau peralatan berkaitan.

Lokasi penerimaan sumbangan adalah seperti berikut:

MARES Malaysia
4A Jalan Tinggi (6/12)
Seksyen 6,
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Peta: Klik sini untuk peta lokasi

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi rakan-rakan berikut:-

Presiden - Abdul Aziz, 9M2AU 016-9007763
Setiausaha - Azizul, 9W2FD 012-3713960
Penolong Setiausaha - Fahroe 9W2BBS 012-2353769
Penyelaras Operasi - Salleh 9W2STT 019-2761499

Semoga sumbangan rakan-rakan diberkati dan dapat meringankan beban mangsa banjir yang terlibat.

73 de MARES

Akan membantu setakat termampu Bagaimana warga ham dan masyarakat Malaysia amnya? Jom kita pakat memberi sumbangan. de 9w2aam