24 December 2007

MISI BANTUAN KOMUNIKASI

URGENT! Segera! Segera!

Makluman semua warga ham Terengganu,

Pihak MARES mohon bantuan komunikasi bagi membantu kumpulan Perubatan dan Bantuan Bencana, dibawah kelolaan Pihak Berkuasa, bermula pada 26 sehingga 27 Disember 2007 ini. Kumpulan akan bergerak ke daerah Pekan, Pahang.

Mana-mana rakan yang boleh membantu, sila hubungi 9W2STT Salleh di talian 019-2761499 dengan kadar SEGERA. Sila sediakan peralatan dan keperluan komunikasi anda untuk menyertai bantuan ini. Rakan-rakan yang mempunyai kenderaan 4x4 juga amat diperlukan bagi misi kali ini.

Mohon seberapa ramai rakan ham dalam memberi bantuan misi ini. SWL pun boleh ikut serta kerana dapat belajar cara mengendalikan Search and Rescue secara onsite. Sila hantarkan nama, callsign dan no. h/p untuk dihubungi dan hantarkan kepada
9W2STT Salleh di talian 019-2761499 dengan kadar SEGERA atau emailkan ke salleh2@streamyx.com. Jika mahukan surat cuti tanpa rekod bagi kakitangan kerajaan juga maklumkan kepada beliau. JANGAN PERGI SENDIRIAN ke sana, sila maklumkan kepada 9W2STT untuk urusan penginapan dan lapor diri.

Kerjasama dan bantuan semua warga ham radio Terengganu amatlah dihargai.

73 de 9W2AAM.