26 November 2008

Sudahkah kita bersedia?

KUALA LUMPUR - Fenomena hujan lebat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perlis diramalkan berlanjutan sehingga hujung bulan ini.

Keadaan ini dijangka boleh menyebabkan banjir di kawasan tanah rendah dan tebing-tebing sungai.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, hujan dijangka lebih lebat berbanding sebelum ini dari Khamis ini sehingga 29 November depan.

Daerah yang terlibat di Kelantan termasuk Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Jeli dan Kuala Krai.

Di Terengganu, ia melibatkan Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Dungun, Kemaman, Marang dan Hulu Terengganu manakala di Pahang membabitkan kawasan Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Bera dan Temerloh.

Di Kedah pula, terdapat beberapa kawasan seperti Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Star, Sik, Pendang dan Yan dijangka hujan akan berlarutan.

Sumber Utusan Malaysia.

Adakah kita sudah bersedia?? de 9w2aam