14 October 2008

EYEBALL @ SKUDAI,JB

Setibanya di Skudai (13/10/2008) atas urusan saltmine, gatal tangan tak dapat dielakkan untuk mencari rakan-rakan dan sempat QSO dengan tiga station iaitu 9W2BUY, 9W2RLW dan 9W2HJB dan dah buat appointment untuk eyeball malam nanti.

Sungguh tak sangka layanan rakan-rakan ham di sini dari satu meja menjadi dua meja. Pekena pulak sup yang 'kaw' dekat Taman Uda Baru (hehehe terima kasih 9W2HJB yang jemput kami, saya sendiri, 9w2ITC dan pegawai kami En. Zaidi) Eyeball mula jam 10 mlm dan berlarutan sampai jam 2 pg, banyak isu dibincangkan tapi mata tidak mengizin untuk terus bersama-sama rakan-rakan ham tapi seronok. Eyeball ni cukup memberi makna bahawasanya kita pasti tidak kesunyian.