29 November 2008

Amaran banjir di Terengganu kini jingga

KUALA LUMPUR: Amaran hujan lebat peringkat kuning di Terengganu yang dikeluarkan pada Isnin lepas kini dinaik taraf kepada amaran hujan lebat peringkat jingga melibatkan daerah Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan, berkata hujan sederhana kadangkala lebat dari semasa ke semasa di negeri itu dijangka berterusan sehingga Ahad ini dan boleh menyebabkan banjir.

“Hujan di daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Jeli, Kuala Krai, Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin, Maran Temerloh, Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Sik dan Perlis juga bertambah sejak semalam.

Source: Mymetro