04 September 2008

KURSUS RADIO KOMUNIKASI KECEMASAN

Baru-baru ini Persatuan Radio Amatur Terengganu Zon Hulu Terengganu telah mengadakan satu Kursus Radio Komunikasi Kecemasan bertempat di Pusat Ko Kurikulum Kuala Berang, Hulu Terengganu. Kursus ini berlangsung selama 1 hari dan dihadiri oleh ahli-ahli PEMANCAR daerah Hulu Terengganu serta wakil MARES dari Kelantan Chapter.

Kursus Radio Komunikasi Kecemasan ini di kendalikan oleh Presiden MARES iaitu 9M2AU dengan di bantu oleh 9M2/V8BDI.