01 September 2008

BERTEMU DENGAN RAKAN BARU

Baru-baru ini sempat ketemu dengan rakan-rakan baru dari Kuala Kangsar ketika membuat Lawatan Sambil Kerja ke sana. Foto ini diambil di tepi Sungai Kuala Kangsar (27.08.08)
Malam pula sempat eyeball dengan rakan-rakan radio amatur dari Ipoh. Pertemuan ini membawa perpindahan kedai kerana asyik berbual tak sedar kedai yang kami sedang eyeball dah nak tutup.Keesokkan hari (28.08.2008) sebelum bertolak balik ke Terengganu, sempat ketemu seorang rakan lama suatu ketika dahulu pernah mengajar di Terengganu (hampir 15 tahun tak jumpa) tambahan seorang radio amatur walaupun singkat tapi penuh bermakna apatah lagi dunia amatur tanpa sempadan mepertemukan kembali sahabat lama.