22 April 2008

PAMERAN RADIO AMATUR

Baru-baru ini satu Pameran Radio Amatur telah diadakan sempena Program Pembudayaan Penggunaan Teknologi Pendidikan 2008 di SK Tok Randok, Hulu Terengganu.

Pameran Radio Amatur ini dikendalikan oleh group BTPNT dan PKG Terengganu yang diketuai oleh 9W2AAM dan telah mendapat kerjasama dari MARES dan PEMANCAR.



Pihak MARES telah menghantar 9W2JAZ, 9W2MJ dan 9W2MAN
untuk membantu dan memberi sokongan pada pameran ini. Dan
beberapa stesen seperti 9W2EDS, 9W2ITC, 9W2ZMG, 9W2RTM, 9W2MWI serta SWL turut membantu memeriahkan pameran ini.



Ramai pengunjung terutamanya dari kalangan guru amat berminat dalam Radio Amatur dan tidak kurang untuk mengetahui lebih lanjut lagi dan ada beberapa sekolah memohon untuk mengadakan pameran radio amatur di sekolah.





Adalah diharapkan semoga hobi radio amatur ini berkembang bermula diperingkat sekolah pula.

de 9W2AAM