16 April 2008

Buletin MARES - 01/2008

Rakan-Rakan MARES yang dihormati,

Yang ditunggu telah tiba. Berkat kesabaran dan bantuan rakan-rakan MARES, dimaklumkan bahawa Buletin MARES dengan nama Buletin Evo @ MARES edisi pertama, kini telah pun tersedia untuk tatapan umum.

Tahniah kepada sidang Editor Evo, yang telah bertungkus-lumus menyiapkan buletin ini. Ini adalah permulaan bagi siri buletin MARES, yang dijangkan akan diterbitkan setiap 3 bulan.

Untuk mendapatkannya, anda boleh muat turun buletin tersebut di laman berikut:

http://www.mares.org.my/evo/evo01-08.pdf.

Kepada mana-mana ahli MARES yang ingin menyumbangkan artikel, maklumat, komen atau berita-berita radio amatur semasa, anda boleh menghantar artikel tersebut kepada evo@mares.org.my .

Tahniah kepada sidang Editor, dan selamat membaca.

73 de MARES.