02 November 2007

9M4RNC kepada 9M4RNS

Penukaran Callsign/Isyarat Panggilan Repeater Nesrac telah diluluskan
oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 5/9/2007,Penguntukan Radas No Siri : A716048. Terdapat sedikit kelewatan penerimaan Penguntukan Radas oleh Nesrac. Penguntukan Radas yang baru telah diterima pada 2/11/2007 dengan Callsign Repeater yang baru 9M4RNS. Penukaran Callsign Repeater ini adalah wajar kerana terdapat kekeliruan bagi ramai Stesen Radio Amatur diantara Club Callsign dan Repeater Callsign.

Club Callsign : 9M4CRN
Repeater Callsign : 9M4RNC (Lama)
Repeater Callsign : 9M4RNS (Baru)

Penukaran Callsign Repeater ini juga adalah sejajar dengan nama kelab iaitu Kelab Radio Amator Negeri Sembilan. Oleh yang demikian adalah amat bersesuaikan bahawa Callsign Repeater di tukar kepada 9M4RNS "RNS - Repeater Negeri Sembilan"

Dipos Oleh: Jamata