26 June 2009

PERKHEMAHAN KADET BOMBA PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

Sekali lagi negeri Terengganu menjadi pilihan menjadi tuan rumah dalam Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Kebangsaan 2009 yang mana berlangsung di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai, Marang, Terengganu dari 22 hingga 27 Jun 2009.

Dan sekali lagi bertugas macam biasalah merakamkan seluruh aktiviti sepanjang program tersebut. Dalam kesibukan membuat rakaman terserempak dengan krew RTM dan bila bercerita mengenai pengalaman dan dapat tahu beliau juga adalah rakan amatur dari Melaka dengan callsign 9W2EEZ. Teruja dapat berkenalan rakan radio dan yang juga penerbit Galeri Perdana.

Beliau datang ke program ini adalah untuk merakamkan keseluruhan majlis ini untuk Galeri Perdana yang mana akan di siarkan di TV1.


Berposing bersama 9W2EEZ dengan rakan setugas.