
Rajah segitiga di atas bertujuan untuk memudahkan kita mengingat formula bagi mengira tiga perkara iaitu sama ada V=voltan, I= arus, atau R=rintangan.
Jika ingin mengira V (voltan), maka tutup V, anda akan nampak I dan R. Ini bermakna, untuk mendapatkan V, anda harus darabkan I dengan R.
Sebaliknya, jika ingin mengira I (arus), tutuplah I, anda akan nampak V di atas R. Ini bermakna anda perlu bahagikan V dengan R.
