16 March 2009

RADIO AMATUR

Apa Itu Mares?

MARES adalah nama singkatan kepada Malaysian Amateur Radio Emergency Service society atau Persatuan Perkhidmatan Kecemasan Radio Amatur Malaysia. Angota-angota Mares terdiri dari pengemar Radio Amatur.

Apakah Tujuan Dan Matlamat MARES?

Menyediakan perkhidmatan komunikasi dari sumber tindakbalas yang luas semasa keadaan kecemasan dan bencana alam saperti banjir besar, angin puting beliung, kemalangan yang mengancam ramai nyawa, kebakaran dalam bentuk besar/luas dan insiden hazmat kepada kapal terbang terhempas sehingga jalur komunikasi biasa samaada tidak berfungsi atau sudah terlalu padat kegunaanya. Menyediakan sistem interegasi komunikasi kecemasan antara jabatan kerajaan saperti Bomba & Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), PDRM, Bulan Sabit, Hospital, TUDM, DCA dan lain-lain lagi yang terlibat dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) Matlamat disini adalah untuk menyediakan satu sistem komunikasi yang efisyen.
Menggalakkan perkembangan am sains dan penggunaan Komunikasi Radio / Satelit & Digital disemua peringkat masyarakat tidak mengira umur, pangkat atau keturunan terutama sekali kepada golongan penuntut-penuntut sekolah, Kolej, IPT dan juga golongan remaja secara tidak langsung. Mares membantu kerajaan menuju wawasan 2020 dan menyediakan remaja yang berkualiti.

Mengeratkan tali silatul rahim antara ahli2 Radio Amatur Malaysia tidak mengira bangsa agama dan keturunan sesuai dengan etika Radio Amatur.

Apa itu RADIO AMATUR?

Radio Amatur ataupun juga dikenali “Radio Amateur / Ham Radio” ialah satu hobi berkenaan membina,menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio, satelit, digital dll. Pengguna-pengguna radio amatur ini saling berhubungan dengan rakan-rakan mereka di seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan. Di Malaysia terdapat lebih kurang 1,200 pengemar Radio Amatur yang berlesen. Untuk mendapatkan lesen Radio Amatur seseorang itu harus menduduki ujian Radio Amatur yang di kendalikan oleh Suruhanjaya Muntimedia Dan Komunikasi Malaysia. Terdapat lebih 100,000 Radio Amatur di Amarika, Jepun , Indonesia, Thailand dll Ahli2 Radio Amatur telah banyak membantu dalam Komunikasi Kecemasan contoh bila berlaku banjir besar, Gempa Bumi, kejadian 11 Sep WTC di Amerika dan lain-lain lagi


Siapa yang boleh membantu saya?

Kelab-kelab Radio Amatur terdapat diseluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda antaranya ialah.

1. MARES (Malaysian Amateur Radio Emergency Service)
2. Di Utara ialah ASTRA (Persatuan Radio Amatur Utara Melayu Semenanjung Malaysia)
3. Di KL kita ada MARTS yang telah lama berdaftar iaitu semenjak tahun 1952 ia itu satu-satunya badan induk yang telah banyak membantu ahli2 radio amatur berurusan dengan pihak berwajib (Malaysian Amateur Radio Transmitters Society)
4. Di KL ada juga Kelab Radio Amatur Persekutuan Pengakap Malaysia
5. Di Sabah (Sabah Amateur Radio Club)
6. Di Sarawak (Sarawak Amateur Radio Club)
7. Di Negeri Sembilan (NESRAC)
8. Di Johor (JASRA)
9. Di Pahang (PERAMAH)
10. Di Terengganu (PEMANCAR)
11. Di Kelantan (ASTRA, MARTS, MARES)