29 May 2008

EYEBALL DENGAN 9M2

Satu petang bertarikh 28 Mei 2008, satu eyeball bersama 9M2AU, 9M2/V8BDI dengan 9W2BUL telah berlangsung berdekatan dengan base 9M2AU. Walaupun ringkas tapi penuh bermakna memandangkan Abg. Aziz baru keluar dari hospital kerana penyakit radang paru-paru. Dari penglihatan saya, Abg. Aziz susut agak ketara. Saya mendoakan semoga Abg. Aziz cepat sembuh dan pulih seperti sediakala. Dan tak lupa kepada 9W2BUL yang sanggup mengambil saya di Hotel Capitol, Kuala Lumpur. Sambil tu sempat juga ke kedai 9W2MJ, tapi sayang MJ tiada di kedainya. Terima kasih.