29 February 2008

SILENTKEY : 9W2MRT

Kita kehilangan seorang lagi rakan ham iaitu 9W2MRT, MOHAMAD TALIB BIN ABDUL SAMAH daripada Temerloh, Pahang yang telah kembali ke Rahmahtullah pada pukul 15:03 ( 3:03 petang ) Hari Jumaat 29 Februari 2008 bersamaan 21 Safar 1429.

Saya sempat QSO dengan arwah ketika saya dalam kesusahan sewaktu Lebuhraya Pantai Timur dekat Karak ditutup pada tahun lepas dan terpaksa melalui jalan alternatif hampir 2 jam ikut ladang kelapa sawit. Beliaulah menyahut panggilan saya serta menemani saya ketika itu.

Walaupun saya tidak mengenali arwah, namun atas semangat setia kawan dalam radio amatur merapatkan sillaturahim antara saya dengan arwah. Jasa arwah akan saya kenang buat selamanya.

Marilah bersama-sama kita mensedekahkan Al-fatihah semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan solehin.

Al Fatihah de 9w2aam.