Terima kasih dan jutaan tahniah diucapkan kepada seluruh warga radio amateur khususnya kepada MARES yg diketuai oleh 9M2AU, PRADAS yg diketuai oleh 9W2SGE dan 9W2IYZ dan 9W2PCD sebagai relay station, Jeep Auto di ketuai oleh Najib utk bantuan 4X4, dan lain-lain rakan yg tak tertulis di sini kerana telah berjaya memberi satu respond yg cepat terhadap panggilan kecemasan dari seorang rakan amatur i.e. 9W2NOR yg juga salah seorang pendaki atas kejadian di Gunung Nuang, Sabtu malam - awal pagi Ahad yg lepas. Bagaimanpun semua koordinasi rescue dilakukan oleh JPA-3.
Kejadian tersebut telah disiarkan oleh berita utama dgn tajuk 'Radio Amateur jadi penyelamat' dan Nighline dgn tajuk ' Walkie-talie make a save' malam semalam. Sesungguhnya publisiti yg diberi dapat menaikkan lagi nama radio amateur dan membuka mata masyarakat akan kepentingan radio amatur.
Kejadian tidak begitu diberi publisiti on air (repeater) kerana bimbang terlalu ramai rakan yg akan respond terhadap panggilan kecemasan tersebut sehingga boleh memburukkan lagi keadaan, jalan yg sempit ke atas seperti mana yg berlaku ketika kejadiaan anggota JPA-3 terkena petir 2-3 minggu lalu. Detail mungkin boleh diceritakan oleh rakan2 yg terlibat, namun begitu, sekalung tahniah diucapkan lagi kepada rakan2 kita yg bersusah payah naik ke atas Gunung Nuang pada waktu itu.
73,
9W2SHR/PR-SR
Di sunting dan diedit oleh 9W2AAM.
Ada monitor sepanjang rescue tersebut malam tu, sewaktu berada di Hotel Brisdale untuk rakaman Tokoh Guru Peringkat Negeri Terengganu. Syabas dan Tahniah kepada warga radio amatur khususnya MARES dan rakan radio amatur yang terlibat dalam misi bantuan itu.