12 May 2008

MARES di Karnival TM

Alhamdulillah dan Terima Kasih

Kepada pihak MARES kerana sudi menyertai dan memeriahkan Karnival anjuran TM bertempat di hadapan Pasar Borong Selangor selama dua hari berturut iaitu pada 10 dan 11 Mei dengan keadaan cuaca yang baik. Antara stesen yang turut sama adalah 9M2AU, 9W2ROI, 9W2TPT, 9W2PRS, 9W2REJ, 9W2MZT, 9W2STT, 9W2FD, 9W2LRT, 9W2ERL, 9W2BBS, 9W2GUZ, 9W2LID, 9W2AJE, 9W2OKU, 9W2HZA dan mungkin beberapa lagi stesen yang saya lupa callsign mereka..harap maaf.

Di Malaysia, tahap kesedaran mengenai kepentingan komunikasi masih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Oleh itu, adalah menjadi salah satu tanggungjawab kita sebagai rakan radio amatur untuk memberikan pendidikan dan kesedaran kepada orang ramai mengenai radio amatur. Dengan mengadakan pameran sebegini , diharapkan agar pengunjung yang singgah ke BOOTH radio amatur mendapat maklumat dan pengetahuan mengenai radio komunikasi.

Tahniah kepada Nurman (9w2NUR) kerana memanfaatkan kegunaan radio amatur sebagai komunikasi kecemasan semasa beliau terperangkap di Gunung Nuang pada 10 Mei yang lalu. Ini secara langsung memberikan gambaran baik kepada orang ramai di Malaysia.

Berikut adalah gambar semasa Karnival ehsan dari 9W2MZT:


Disedut dari 9W2PRO.
"Saving Lives Through The Airwaves" de 9W2AAM