Nasihat yang terbaik kepada Operator Radio Amatur yang baru lulus ujian RAE dan telah mendapatkan Lesen Peruntukan Radas (AA) mereka ialah dengan hanya menghidupkan radas dan mendengar.
Mendengar seberapa seberapa banyak perbualan (QSO) yang anda boleh. Mendengar bagaimana mereka ke udara dan cara mengendalikan transmisi mereka. Cari dan pelajari cara yang betul dan ambil sebagai panduan dan cara yang tidak sesuai dijadikan sempadan. Apabila anda rasa selesa dan yakin, hidupkan radas anda dan buat panggilan pertama anda. Anda akan merasa terkejut dan amat berpuas hati dengan panggilan pertama anda (panggilan/Kontek Perdana).
Sementara anda mendengar di jaluran dan memerhati serta memantau cara operator-operator berkomunikasi antara satu sama lain, sudah pasti anda akan terdengar operator-operator yang tidak mempamerkan cara pengendalian baik dan betul.
Sebagai seorang operator Radio Amatur yang terlatih, kita akan dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk untuk diikuti.Bertanya itu adalah kunci untuk satu budaya yang baik dan dihormati. Jangan berasa malu untuk bertanya, ramai operator Radio Amatur sedia membantu.
Kita boleh kenal pasti mereka ini sebagai “Syok Sendiri” (SS), yang pastinya mereka tidak bersedia untuk ditegur jika tidak menampakkan usaha untuk mengubah cara mereka berkomuniksai semasa ke udara. Saya tidak pasti adakah sesuai gelaran ini untuk mereka, tapi yang pasti gelaran ini akan menjejaskan kredibiliti mereka sebagai salah seorang warga Radio Amatur.
Tidak ada sesiapa pun di antara kita yang ingin dikategorikan sebagai “SS”. Untuk memastikan perkara ini tidak berlaku kepada diri atau rakan-rakan ham, belajar dan praktikkan cara yang betul untuk memastikan anda sentiasa digemari dan dihormati bila ke udara.
Jadilah operator Radio Amatur yang berwibawa dan dapat memberi sumbangan kepada komuniti ham serta negara amnya. ALL THE BEST