22 February 2008

BAGAIMANA NAK MASUK JALURAN DENGAN ADAB SOPAN

Tak kiralah anda berada di mana, yang penting anda memancar dari salah satu tempat lokasinya di dunia ni. Sama ada di rumah, dalam kereta atau apa pun situasi kecuali KECEMASAN.

PERTAMA: Sebelum menghidupkan Peralatan Radas anda, pastikan KESELAMATAN DULU (Safety First). Kalau di rumah psatikan semua peralatan berada dalam keadaan selamat termasuk pendawaian serta bekalan kuasa berada pada tahap yang sepatutnya (cth: 13.8v). Pastikan tetapan kuasa (Power Setting) pada kedudukan yang terendah (Low - H/L).

KEDUA: Selepas radas dihidupkan,
1. DENGAR (LISTEN)
2. DENGAR (LISTEN)
3. DENGAR (LISTEN)
4. DENGAR (LISTEN)
5. DENGAR (LISTEN)

SEKEJAP sekurang2nya satu pusingan kalau ada yang sedang bercakap (QSO). Jika tiada yang ke udara sama ada di Pengulang (Repeater) atau Frekuensi Simpleks (Simplex) buat panggilan pengesahan.

JANGAN dan JANGAN dan JANGAN lah buat panggilang "CQ" kat FM (di Pengulang atau Simpleks) nampak janggal sebab "CQ" selalu kat HF atau dalam "CW".

Jika ada stesen sedang ke udara INGAT berapa ramai stesen yang tengah QSO, "TANDA PANGGILAN (CALL SIGN)", NAMA dan Pusingan, kalau terlupa, tulislah stesen yang tengah QSO.... kalau tak boleh juga jangan masuk, dengar je. Jangan bagi alasan tak "ingat" atau "terlupa", JANGANlah main terjah je, tak elok macam tu praktikan supaya daya ingatan tu bertambah baik ia berguna masa kecemasan.

KETIGA: Jangan lah pakai perkataan "BREAK" bila nak masuk semasa stesen lain tengah ke udara, sebut je TANDA PANGGILAN (CALL SIGN) sekali lagi TANDA PANGGILAN (CALL SIGN) anda. Kalau nak masuk pun jangan pulak masa operator lain tengah bercakap tekan PTT dan cuba nak bercakap, kurang sopan namanya. Tindakan ini menyebabkan apa yang disampaikan tidak dapat diterima oleh lain-lain stesen, ia akan jadi bertindih (Doubling).

Tunggu dan sabarlah menanti 'PAUSE' pasti akan ada walaupun anda terpaksa menunggu satu hari satu malam untuk masuk ke jalur. Pada rakan yangsukar untuk memberi "PAUSE" pula saya mengingatkan belajar-belajarlah memberi "PAUSE" bukannya mahal, free je. Takkan kalau 4 orang 'on-air' seorang pun tak ingat nak bagi "PAUSE".

Senang je tips kalau terlupa nak bagi "PAUSE", bila anda teringat sebut je "MANA-MANA STESEN ATAU INFO TRAFIK, DIPERSILAKAN DISINI 9W2BBA, STANDING BY" atau "PAUSE KEPADA MANA STESEN".... kalau tak ada apa-apa terus je perbualan anda.

KE EMPAT: Ingat TANDA PANGGILAN (CALL SIGN) dan "PAUSE" Tiga (3) saat, dua perkara yang penting dalam adap sebagai seorang operator Radio Amatur!!!... Jangan lupa atau tak ingat, baca buku walaupun dah lulus, cari maklumat yang betul...

KE LIMA: Tinggalkan lah semua "Q"-"Q" ni kita dah puas Que (berbaris) dari sekolah rendah sampai besar, kat bank pun que kat jpj pun que kat mana2 lah semua que....

Tak payah lah susah nak ingat banyak sgt Q-Code ni, pemakaian "Q Code" tak dilarang dan tak salah, kalau boleh tak payah. Sebut je macam kita bercakap bahasa harian.

Ke ENAM: "Phonetic" perlu sebab buku panduan tertulis TANDA PANGGILAN (CALL SIGN) perlu dieja dengan Fonetik maka eja lah, tak menjadi masalah rasanya, kalau tak nak eja tak payah ambil exam RAE buat penat je, joint je pirate tak payah ada apa-apa AOP "Amateur Radio Operating Procedure".

Akhir Sekali, kalau nak merancakkan lagi aura radio amatur praktikanlah. Biar apa yang berlaku kalau ada sedikit perubahan merupakan permulaan untuk perubahan yang besar.

Terima Kasih

Disedut dari artikel 9w2bba dan diedit oleh 9w2aam

Patuhilah AOP dan SOP untuk kebaikan Komuniti Radio Amatur - de 9w2aam