11 January 2008

PENGGUNAAN PTT

Semenjak akhir-akhir ini terdapat perbuatan menekan-nekan PTT tanpa sebarang audio (kerchunking) di frekuensi Jerung. Perlakuan ini amat tidak digalakkan semasa QSO. Jika hendak berkomunikasi, sila sebut CQ (untuk memanggil mana-mana station ); atau sebutkan callsign station yang hendak dipaging; atau sebut "contact" dan callsign pemanggil sekali supaya pendengar tahu siapa yang memanggil.

Contoh :
1. CQ...CQ memanggil mana-mana station di frekuensi Jerung. Di sini 9W2 AAM standing by..
2. Memanggil 9W2EDS. Di sini 9W2AAM standing by
3. Contact..9W2 AAM portable Jerung standing by/join (kalau ada orang sedang QSO)

Marilah sama-sama kita mengamalkan cara QSO mengikut etika yang telah ditetapkan dan diharap JANGAN memilih-memilih rakan tertentu untuk QSO sahaja. Amalkan Etika Radio Amatur.


QRT 73