Merujuk kepada buku panduan “Guidelines For Amateur Radio In Malaysia” yang dikeluarkan oleh MCMC ada menerangkan mengenai jenis-jenis stesyen yang dikendalikan oleh pemegang lesen Radio Amatur: Petikan seperti berikut:-
a) The ASAA holder is permitted to install and operate any of the following amateur radio stations:
i) Amateur Radio Base Station - defined as station that is operated as per the address stated in the ASAA;
ii) Amateur Radio Mobile Station – defined as station that is operated while it is in the moving, such as in the car;
iii) Amateur Radio Portable Station – defined as station that is operated away from the registered address in the ASAA for certain duration of time; and
iv) Amateur Radio Earth Station – defined as station that working with an amateur radio satellites.
Base Station.
Menerangkan anda sedang berkomunikasi dari rumah anda seperti yang tercatat dalam ASAA (Amateur Station Apparatus Assignment) yang dikeluarkan oleh MCMC.
Mobile Station.
Menerangkan anda sedang berkomunikasi dari dalam kenderaan yang sedang bergerak diluar kawasan alamat yang tercatat dalam ASAA anda. Contoh: Dalam kereta atau atas motosikal.
Portable Station.
Menerangkan anda beroperasi dari stesyen sementara yang berada bukan dialamat yang didaftarkan dalam ASAA anda untuk jangkamasa tertentu. Contoh: Rumah keluarga di kampung.
Earth Station.
Stesyen yang menjalankan komunikasi menggunakan Satelit Amatur.
Pada amnya pengkelasan jenis stesyen tersebut sudah mencukupi untuk mengenal pasti jenis stesyen yang akan anda kendalikan, bukan mengkelasifikasikan mengikut jenis peralatan yang anda gunakan. Panggunaan “Handy” atau “Walkie Talkie” tetap dikelasifikasi mengikut kreteria seperti diatas bukannya “Portable“. Manakala “Mobile” tetap disebut “Mobile” jika anda masih didalam kenderaan anda, kecuali anda keluarkan radio anda dari kenderaan dan mula beroperasi dalam jangka masa tertentu barulah disebut “Portable“, tiada penerangan mengenai “Mobile Static” atau “Stationery Mobile“.
QTH.
Dalam bentuk percakapan (Jargon) lebih merujukan kepada kedudukan semasa atau pertanyaan. Jika pertanyaan mengengenai lokasi rumah anda, ia tetap disebut; Dimana “Base Station” anda?, kalau merujuk kepada lokasi; Dimana QTH anda sekarang, terima audio anda 4 dan 7?
Pada amnya QTH amat sesuai digunakan untuk mengenal pasti lokasi atau keadaan tempat yang tidak kekal atau berubah-rubah, manakala “Base Station“, “Mobile Station“, “Portable Station” dan “Earth Station” adalah untuk keadaan atau lokasi yang kekal walaupun untuk jangkamasa yang pendek.
Disedut dari 9w2bba website