26 June 2009

PERKHEMAHAN KADET BOMBA PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

Sekali lagi negeri Terengganu menjadi pilihan menjadi tuan rumah dalam Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Kebangsaan 2009 yang mana berlangsung di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai, Marang, Terengganu dari 22 hingga 27 Jun 2009.

Dan sekali lagi bertugas macam biasalah merakamkan seluruh aktiviti sepanjang program tersebut. Dalam kesibukan membuat rakaman terserempak dengan krew RTM dan bila bercerita mengenai pengalaman dan dapat tahu beliau juga adalah rakan amatur dari Melaka dengan callsign 9W2EEZ. Teruja dapat berkenalan rakan radio dan yang juga penerbit Galeri Perdana.

Beliau datang ke program ini adalah untuk merakamkan keseluruhan majlis ini untuk Galeri Perdana yang mana akan di siarkan di TV1.


Berposing bersama 9W2EEZ dengan rakan setugas.

21 June 2009

2nd MALAYSIA-ASEAN SCHOOL LINKAGE PROGRAME

Sekali lagi Terengganu terpilih menjadi tempat dalam Rangkaian Sekolah-sekolah Malaysia-ASEAN Kali ke2. Dan kali ini merupakan peringkat antarabangsa. Program ni memakan masa selama 4 hari bermula 17 Jun hingga 21 Jun 2009. Memang memenatkan kerana merakamkan sepanjang aktiviti tapi bangga berkhidmat kepada negara apatah lagi di kaca mata antarabangsa.

Ketika bertugas Majlis Penyerahan anak angkat

Bergambar bersama pelajar dari Negara Laos di SMK Lembah Bidong, Setiu, Terengganu dalam School Attachment Programme

Dapat pegang dan posing dengan 'Airwolf'

Bersama rakan dari Polis Marin ketika mengawasi pelajar ASEAN sewaktu
Terengganu Heritage Trail di Sg. Terengganu

Makan Malam oleh Kerajaan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman

07 June 2009

SELAMAT HARI BAPA

Tarikh Hari Bapa adalah pada hari Ahad minggu ketiga bulan Jun pada setiap tahun, ini bermakna tahun ini jatuh pada 21 Jun 2009. Macam biasa hari bapa kurang disambut berbanding hari ibu. Walau apapun, ibubapa perlulah sentiasa diingati sepanjang tahun. Tanpa ibubapa siapalah kita.

Kasihnya Ibu membawa ke syurga,
Kasihnya Ayah sepanjang masa..........


A Dad

A Dad is a person
who is loving and kind,
And often he knows
what you have on your mind.
He's someone who listens,
suggests, and defends.
A dad can be one
of your very best friends!
He's proud of your triumphs,
but when things go wrong,
A dad can be patient
and helpful and strong
In all that you do,
a dad's love plays a part.
There's always a place for him
deep in your heart.
And each year that passes,
you're even more glad,
More grateful and proud
just to call him your dad!
Thank you, Dad...
for listening and caring,
for giving and sharing,
but, especially, for just being you!

Nur 87

SELAMAT HARI BAPA kepada semua station yang bergelar bapa dan bakal menjadi bapa.

06 June 2009

Base Station vs QTH

Kerap kali saya terdengar ada dikalangan rakan-rakan yang sedang ke udara di Pengulang atau Simpleks (Simplex), mengenal pasti rumah (Alamat kediaman seperti dalam AA) sebagai QTH dan ada juga sebagai “Home Base”. Jika dipandang sambil lalu ianya betul pada amnya, tiada menjadi kesalahan selagi ianya difahami oleh rakan yang lain.

Merujuk kepada buku panduan “Guidelines For Amateur Radio In Malaysia” yang dikeluarkan oleh MCMC ada menerangkan mengenai jenis-jenis stesyen yang dikendalikan oleh pemegang lesen Radio Amatur: Petikan seperti berikut:-

a) The ASAA holder is permitted to install and operate any of the following amateur radio stations:

i) Amateur Radio Base Station - defined as station that is operated as per the address stated in the ASAA;
ii) Amateur Radio Mobile Station – defined as station that is operated while it is in the moving, such as in the car;
iii) Amateur Radio Portable Station – defined as station that is operated away from the registered address in the ASAA for certain duration of time; and
iv) Amateur Radio Earth Station – defined as station that working with an amateur radio satellites.

Base Station.

Menerangkan anda sedang berkomunikasi dari rumah anda seperti yang tercatat dalam ASAA (Amateur Station Apparatus Assignment) yang dikeluarkan oleh MCMC.

Mobile Station.

Menerangkan anda sedang berkomunikasi dari dalam kenderaan yang sedang bergerak diluar kawasan alamat yang tercatat dalam ASAA anda. Contoh: Dalam kereta atau atas motosikal.

Portable Station.

Menerangkan anda beroperasi dari stesyen sementara yang berada bukan dialamat yang didaftarkan dalam ASAA anda untuk jangkamasa tertentu. Contoh: Rumah keluarga di kampung.

Earth Station.

Stesyen yang menjalankan komunikasi menggunakan Satelit Amatur.

Pada amnya pengkelasan jenis stesyen tersebut sudah mencukupi untuk mengenal pasti jenis stesyen yang akan anda kendalikan, bukan mengkelasifikasikan mengikut jenis peralatan yang anda gunakan. Panggunaan “Handy” atau “Walkie Talkie” tetap dikelasifikasi mengikut kreteria seperti diatas bukannya “Portable“. Manakala “Mobile” tetap disebut “Mobile” jika anda masih didalam kenderaan anda, kecuali anda keluarkan radio anda dari kenderaan dan mula beroperasi dalam jangka masa tertentu barulah disebut “Portable“, tiada penerangan mengenai “Mobile Static” atau “Stationery Mobile“.

QTH.

Dalam bentuk percakapan (Jargon) lebih merujukan kepada kedudukan semasa atau pertanyaan. Jika pertanyaan mengengenai lokasi rumah anda, ia tetap disebut; Dimana “Base Station” anda?, kalau merujuk kepada lokasi; Dimana QTH anda sekarang, terima audio anda 4 dan 7?

Pada amnya QTH amat sesuai digunakan untuk mengenal pasti lokasi atau keadaan tempat yang tidak kekal atau berubah-rubah, manakala “Base Station“, “Mobile Station“, “Portable Station” dan “Earth Station” adalah untuk keadaan atau lokasi yang kekal walaupun untuk jangkamasa yang pendek.

Disedut dari 9w2bba website

SEWAKTU BERTUGAS HARI GURU PERINGKAT NEGERI 2009

Beginilah tugas seorang cameraman


Bersama rakan sejawatan setelah selesai rakaman Forum Pendidikan