15 May 2009

APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU DAN APAKAH YANG ANDA PATUT LAKUKAN

Hari ini terlalu ramai orang yang tidak mengikut peraturan dan berkelakuan tidak senonoh di udara. Di sini kita ingin mengingatkan beberapa perkara.

1. Dulu Telekom mengendalikan pengurusan Radio Amateur. Kemudiannya MCMC. Selepas itu apa pula ? Kata orang tua-tua MCMC tidak akan tongkat langit. Tidakkah anda berfikir pada satu hari nanti hal ehwal Radio Amateur akan bertukar tangan ? Rekod-rekod orang yang memberi sewa lesen pada orang lain, orang yang memancar secara haram, orang yang bercakap dengan lanun, memberi rig pada lanun, menjual rig pada lanun dan memancar untuk mengganggu orang di frekuensi radio masih ada. Jika MCMC melepaskan anda, adakah penguatkuasa yang baru juga akan melepas anda ? Tahukah anda berapakah dendanya ? Jika anda seorang kakitangan kerajaan anda boleh dibuang kerja. Jika anda pernah melakukan perkara-perkara di atas, anda boleh berhenti dan jangan membuatnya lagi.

2. Pada pemilik lesen yang baharu, anda perlu tahu beberapa perkara. HAM bukanlah sekadar bercakap di radio. HAM adalah satu pakej. Mana-mana HAM boleh menegur sebarang kesilapan sebab itu adalah hak HAM untuk memelihara nama baik HAM.

3. Pakej HAM ialah - tidak mengganggui frekuensi ham dengan apa carapun, tidak 'tune' di frekuensi yang digunakan,mematuhi undang-undang, menyimpan bukulog dengan baik, tidak guna cara perhubungan lanun, bertatasusila, dan menjalankan perhubungan mengikut tertib.

4. MARTS,MARES,ASTRA, mana-mana station tidak boleh menggalakkan lanun, membenarkan orang-orang tidak berlesen bercakap atau check net. Istilah kendalian yang disalahgunakan hendaklah dimengertikan.

5. Mengetahui istilah-istilah seperti

QRT - Berhenti menghantar mesej 9 bukan tutup station )

QRX - Tunngu sebentar, saya akan panggil balik atau Saya akan memanggil balik pada...

Pulling the Big Switch (bahasa Indonesia MENDARAT ) - Tutup station.

Bagi QRX kita beritahu orang lain supaya tunggu sebentar, kita akan panggil balik.

6. Kalau ada lebih dari 2 orang, sila sebut callsign orang yang anda hendak beri mic diikuti dengan callsign anda. Jika ada 2 orang sahaja sekali sekala anda kena sebut callsign seperti di atas. Bila kita sebut callsign orang yang ditujui dan kemudian callsign anda, ia sudah bermakna 'over'. Tak sebut 'over' pun sudah difahami.

7. Perkataan 'contact' tidak digunakan oleh ham-ham yang lama, malahan tidak digunakan langsung. Anda sebut callsign anda sepenuhnya di celah-celah. Jika dalam pile-up ( Dxing ), biasa juga disebut suffixes atau prefixes sahaja. Pada local disebut callsign penuh. Ada yang menyebut 'Break' untuk meminta masuk. Tapi lebih elok dengan menyebut callsign sahaja.

8. Kali pertama kita berhubung dengan station baru, kita sebut lebih kurang begini,"...HS0AGC..this is 9M2BARU. Thank you very much for your call. My name is BARU. I spell Bravo Alfa Romeo Uniform. Your signal is five and nine ( fifty nine ). My location is NAMA TEMPAT. I spell November Alfa Mike Alfa Tango Echo Mike Papa Alfa Tango. How do you copy. Hotel Seira Zero Alfa Golf Charlie, this is nine mike two baru alfa romeo uniform...standing by..". Pada round sterusnya baharu anda beritahu cuaca, dan peswat/power/antenna yang anda gunakan. Istilah ini ialah working condition. Perhungan lokal elok digunakan carayang sama.

9. Nama perlu ringkas. Tidak digalakkan menggunakan nama MOHD SHAUFIKKI ABDUL HALIM. anda boleh guna FIK, MOHD atau HALIM atau LIM. Sebut perlahan sedikit dan eja perlahan-perlahan. Walaupun lokal, elok dieja dua kali. Kalau DX sekurang-kurangnya 1 kali jika nama itu biasa. Nama JOHN, PETER adalah dianggap biasa. Nama SUI atau POU tidak dianggap biasa bagi rakyat sesetengah negara.

10. Jika anda dengar 2 orang berbual hal-hal peribadi mereka dan anda ingin bercakap, tunggu sehingga mereka habis. Lepas itu baru panggil. Jika mereka bercakap hal-hal am dan anda ingin membantu memberi maklumat, minta masuk dengan 'break...dan callsign anda'. Jika anda menghadapi emegency anda boleh minta masuk,biasanya dengan sebutan 'mayday..mayday..'

11. Dengar sebelum memanggil CQ. Dengar dalam 10 - 15 minit. Jika tidak dengar apa-apa, anda tanya dahulu 'Is the frequency in use ?'. Jika tidak kedengaran apa-apa,barulah anda panggil CQ.

12. Anda jangan sekali-kali mengganggu ham lain di frekuensi. Kelakuan sebegini adalah tidak layak bagi seseorang HAM. Jika anda tahu seseiapa yang berbuat sedemikian, anda mesti lakukan sesuatu. Kalau tidak anda boleh dianggap bersubhat.

13. Radio Amateur bukanlah alat mana-mana parti politik. Peraturannya tidak dibuat oleh mana-mana individu. Ia tertakluk pada ITU.

14. Amateur Radio bukanlah untuk ulasan selari bolasepak atau apa-apa jua.Yang utama ialah kecemasan, bukan laporan permainan atau sukan. Frekuensi tidak boleh disekat kerana ulasan sukan atau yang lain dari kecemasan..

Disedut dari website 9m2ar - Abdul Rahman Raof

Banyak ilmu boleh dipelajari de 9w2aam.