11 December 2008

MISI BANTUAN

Petang semalam (10/12/2008) jam kira-kira 5.30 ptg, sewaktu pulang dari saltmine, tengah monitor rakan-rakan QSO. Terdengar break, break! dari 9W2YOP memerlukan bantuan kerana salah satu tayar van konvoi mengalami kebocoran. Oleh kerana tidak jauh dari tempat kejadian, aku patah balik menuju ke lokasi Pak YOP bersama konvoinya. Dalam pertengahan jalan, dapat info 9W2PAK, sudah ada berada di situ untuk memberi pertolongan apa yang patut selain 9W2BHT tengah standby tidak jauh dari situ untuk memberi bantuan jika diperlukan.

Bila sampai, didapati tayar van sememang dah agak teruk, apa yang lebih teruk nak tayar tak boleh dibuka, kalau dipaksa mungkin boleh rosak. Jadi jalan penyelesaiannya, Pak Yop pergi dulu ke kedai tayar yang terletak tidak jauh dari situ sementara aku dengan 9W2PAK memberi bantuan dengan membawa penumpang konvoi Pak Yop ke kedai tayar. Mujurlah kedai tayar terserbut belum tutup lagi dan sempatlah menukar tayar,

Setelah menurunkan penumpang konvoi Pak Yop dan meninjau-ninjau kalu ada apa-apa yang boleh dibantu. Setelah bersalaman dgn Pak Yop serta ahli rombongannya, aku mohon undur diri kerana badan tak berapa sihat dalam sehari dua ni, tapi bila rakan amatur memerlukan bantuan, bantuan harus diberikan. Semoga selamat dalam perjalanan kepada 9W2YOP dan semua ahli rombongannya.