21 March 2008

ASAS PENGENDALIAN RADIO AMATUR.

Anda telah mempunyai lesen dan bersedia untuk ke udara. Perkara penting yang perlu anda lakukan pada permulaannya ialah mendengar dan memerhati bagaimana rakan-rakan ham membuat panggilan mereka. Memandangkan ianya terdiri dari berbagai “Mode” dan “Band” dengan pendekatan yang agak berbeza, ianya akan membantu jika anda biasa mendengar pelbagai keadaan atau cara sebelum anda membuat panggilan pertama atau ‘Kontek Perdana’.

Bergantung kepada radio dan lesen yang anda miliki untuk membantu membuat keputusan dan bagaimana anda hendak memulakannya. Jika anda menggunakan Radio Bimbit (Handy Talkie), anda boleh mula berkomunikasi melalui Pengulang (Repeater) atau terus kepada rakan yang lain (Simplex) di band VHF, UHF dan HF mengikut frekuansi yang telah di peruntukan.

Penggunaan Radio Bimbit (Handy Talkie) dan Pengulang (Repeater)

Kebanyakan rakan Radio Amatur yang baru mendapat Lesen dalam Kelas B dengan “Suffix” 9W. Pada peringkat ini untuk berkomunikasi lebih jauh, yang paling asas ialah menggunakan Radio Bimbit melalui Pengulang tempatan. Anggaplah anda telah mempunyai Radio Bimbit yang telah dipasangkan (Setting) dengan Frekuansi memancar (Uplink) dan menerima (Downlink) Offset serta CTCSS Tone yang betul, anda telah bersedia untuk membuat panggilan yang pertama.

Ia mungkin nampak senang dan ringkas tapi anda harus tahu Tanda Panggilan (CallSign) sebelum memulakannya. Perkara yang sebaiknya anda buat ialah meneliti sebutan Phonetics jika rakan yang menerima nanti minta anda menerangkan satu persatu ejaan Tanda Panggilan (CallSign) anda.

Contoh: 9W2BBA ejaan Phonetics ialah NINE WISHKEY TWO BRAVO BRAVO ALPHA.

Panggilan Pertama!

Sebagai panduan anggaplah anda berada di Semananjung Malaysia iaitu dengan Tanda Panggilan bermula dengan 9W2 dan mggunakan Pengulang yang boleh dijangkau dari kawasan anda. Kawasan seperti Lembah Klang dan kawasan yang berada dalam liputan Pengulang.

1. Tekan butang PTT (Push To Talk) di Radio Bimbit anda dan sebut contohnya 9W2BBA mendengar anda hendaklah menggunakan Tanda Panggilan (CallSign) anda sendiri.

** 9W2BBA listening

Itu yang perlu anda buat untuk mendapatkan jawapan. Jika tiada apa-apa jawapan dalam masa yang lama. Anda mungkin cuba memanggil lagi sekali, tapi kali ini dengan menyebut ‘9W2BBA memantau dan mendengar panggilan’.

** “9W2BBA is monitoring and listening for a call”

Kebiasaanya anda tidak perlu membuat panggilan “CQ” di Pengulang walaupun ia tidak menjadi kesalahan. Kita akan membincangkan mengenai panggilan CQ nanti.

2. Anda mendapat jawapan contoh seperti “9W2BBA disini 9W2CKO di Shah Alam kembali. Nama saya Othman. Kembali kepada anda”.

** “9W2BBA this is 9W2CKO at Shah Alam returning. My name is Othman. Back to you”.

Pada peringkat ini anda hanya perlu tunggu 3 saat sebelum menjawab semula panggilan tadi.

3. Tekan butang PTT dan jawab. Pada peringkat ini perbualan atau perbincangan adalah bergantung kepada apa yang ingin anda bincangkan atau ketahui. Beri Nama, Lokasi dan apa-apa maklumat yang ingin anda maklumkan kepada rakan baru anda serta akhiri perbualan anda dengan mengatakan "Ganti" atau "Kembali kepada anda".

** “Over” atau “Back to you”.

Ada baiknya jika anda menyebut Tanda Panggilan kerap setelah perbualan atau transmisi yang panjang dibuat dengan menyebut “9W2CKO disini 9W2BBA. Ganti”

** “9W2CKO this is 9W2BBA. Over”.

Penggunaan “Ganti” (Over) atau “Kembali kepada anda” (Back to you) adalah satu isyarat kepada rakan selepas anda yang anda telah selesai bercakap dan tiba giliran beliau untuk bercakap.

4. Pada akhir perbualan atau perbincangan anda akan mengucapakan Salam atau 73 dan keluar dari jaluran dengan mengucapkan “9W2CKO disini 9W2BBA keluar dan memantau” Itu jika anda masih ingin memantau di jaluran. Jika tidak anda hendaklah mengatakan “keluar dan QRT”. sebagai ganti.

** “9W2CKO this is 9W2BBA clear and monitoring”. atau “clear and QRT

Menjawab Panggilan

Menjawab panggilan melalui Pengulang dengan Radio Bimbit adalah serupa seperti mana yang dibincangkan diatas iaitu orang sebaliknya memanggil anda. Anda akan mendengar 9W2CKO memanggil di Pengulang dan jawab seperti berikut selepas 3 saat dari panggilan tamat:

1. 9W2CKO disini 9W2BBA. Selamat Pagi. Nama saya Bujang dan Lokasi saya di Subang. Kembali kepada anda.

** “9W2CKO this is 9W2BBA. Good morning. My name is Bujang and my location is Subang. Over to you”.

2. Secara asasnya pertukaran Tanda Panggilan adalah seperti telah dibincangkan diatas.

Pastikan anda memperkenalkan Stesen anda sekali sekala dan seharusnya memperkenalkan diri anda jika ada stesen yang baru menyertai perbualan (QSO) anda.

Panggilan Terus

Panggilan Terus (Simplex) adalah panggilan yang dibuat terus kepada rakan anda tanpa menggunakan Pengulang (Repeater). Samada anda menggunakan Jalur VHF, UHF atau HF prosedur adalah sama. Panggilan yang anda buat adalah terus kepada rakan anda menggunakan Jalur dan Frekuasnsi yang sama tanpa perlu melalui Pengulang.

Walaubagaimanapun ia bergantung penuh dengan “Antenna dan propogasi (Radio Propagation) untuk HF, adalah perlu anda menentukan kesesuaian Talaan “Tuning Antenna” sebelum memulakan panggilan anda.

Memanggil CQ untuk membuat panggilan
( Anggaplah anda mengendalikan panggilan HF di 10 meter band )

1. Mulakan dengan mencari frekuansi yang terang contoh seperti 28.360. Bercakap dengan terang dan jelas “Adakah frekuansi ini digunakan? disni 9W2BBA”. Jika anda tidak mendapat apa-apa jawapan dalam jangkamasa yang agak lama buat panggilan kali kedua sebagai kepastian. Jika masih tiada jawapan maka bolehlah pergi ke langkah yang kedua. Jika ada rakan mengatakan frekuansi tersebut digunakan pindah ke frekuansi yang lain yang lebih jelas dan cuba lagi dengan panggilan anda. Jika anda dijemput bolehlah menyertai perbincangan atau berkenalan dengan rakan baru, anda hendaklah memperkenalkan diri jika itu panggilan pertama anda dengan rakan yang sedia ada di Jaluran tersebut.

** “Is this frequency in use? This is 9W2BBA”.

2. Buat panggilan “CQ CQ CQ. Disini Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha memanggil CQ CQ CQ. Disini Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha, Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha memanggil CQ dan menunggu panggilan”.

** “CQ CQ CQ. This is Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha calling CQ CQ CQ. This is Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha, Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha calling CQ and waiting for a call”.

Sekarang anda tunggu dan dengar jawapan kepada panggilan anda. Berada di Jalur 10 meter HF berkemungkinan anda akan mendapat jawapan dalam keadaan yang amat jelas hingga amat sukar untuk didengar.

3. Jika anda mendengar cth “Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha disini Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar memanggil”.

4. Anda hendaklah menjawab dengan “Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar disini Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha. Terima Kasih atas panggilan anda. Terima anda dengan kekuatan 5 9. Nama saya Bujang dan QTH di Subang. Bagaimana anda terima saya? Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar disini Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha ganti”.

** Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar this is Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha. Thanks for the call your signal is 5 9. My name is Bujang and my QTH is Subang. So how do you copy? Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar this is Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha over.

Anda telah membuat panggilan pertama anda dalam Jalur HF. Pada tahap ini anda boleh membuat panggilan atau QSO selama mana anda suka atau mampu bergantung kepada keadaan jalur serta propogasi.

5. Anda boleh mengakhiri perbualan anda (QSO) dengan mengumumkan diudara kedua-dua tanda panggilan dan keluar dari jaluran.

Contoh:terima kasih othman untuk panggilan dan 73 kepada anda dan keluarga. Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar disini Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha keluar dari jalur”.

** “thanks Othman for the contact and 73 to you and your family. Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar this is Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha signing off”.

Apa yang harus anda lakukan jika lebih dari satu stesen yang menjawab panggilan anda? Jika anda boleh mendengar dengan jelas salah satu dari stesen tersebut, jawab seperti mana yang dibincangkan diatas. Dalam masa anda berbincang, semasa anda bertukar stesen anda boleh memberi masa 3 - 5 saat untuk stesen satu lagi untuk masuk ke jalur jika stesen tersebut boleh memancar dengan jelas.

Jika anda hanya mendengar separuh dari tanda panggilan, mungkin seperti “KILO OSCAR” anda boleh menggunakan cara seperti diperingkat ke 4 diatas dengan memulakan panggilan dengan menyebut “stesen dengan “KILO OSCAR” sila buat panggilan anda. Bila anda telah mendengar tanda panggilan dengan lengkap anda boleh terus menggunakan cara pada peringkat ke 4 di atas.

Menjawab Panggilan CQ

Mulakan dengan menala (tuning) frekuensi dalam jarak yang anda dibenarkan dan cari stesen yang membuat panggilan CQ. Untuk menjawab kepada stesen yang membuat panggilan adalah serupa seperti proses yang dibincangkan diatas.

Perbezaan yang akan anda hadapi selepas anda menjawab panggilan CQ ialah anda akan mendapati stesen yang lain juga memanggil dan panggilan anda mungkin lambat dijawap. Jika berlaku situasi begiini, tunggu sehingga stesen yang sedang berkomunikasi selesai dan cuba semula.

Jika anda tidak mahu menunggu bolehlah anda menala ke frekuansi yang lain yang berkemungkinan ada panggilan CQ dan mula mejawab panggilan tersebut.

Dipetik dari Artikel 9w2bba

Diedit oleh 9w2aam