29 November 2007

Bagaimana Menggunakan Pengulang (Repeater).

Pengulang (Repeater) adalah menyerupai satu stesyen yang tidak mempunyai operator, selalunya terletak di tempat yang TINGGI seperti atas bukit atau bangunan tinggi. Kebiasaannya pengulang di tempatkan di satu kawasan yang TINGGI. Pengulang berfungsi memancar semula isyarat lemah atau kuat dari Pemancar Radio Bimbit (Walkie Talkie) atau pemancar dari kenderaan (Mobile) kepada kawasan yang lebih LUAS dan JAUH dari kebiasaannya tanpa menggunakan pengulang. Malahan isyarat dari Pemancar kenderaan yang sedang bergerak (Mobile) lebih mantap dari biasa tanpa pengulang.

Pengulang terdiri dari PENERIMA (RX/INPUT) dan PEMANCAR (TX/ OUTPUT) berserta beberapa peralatan kawalan dan penapis atau dikenali sebagai “DUPLEXER“. Dengan bantuan penapis ( Low/High Pass Fillter), membolehkan ia berfungsi memancar dan menerima dalam masa yang sama. Berbeza dengan komunikasi biasa dilakukan seperti diantara dua stesyen (Simplex) yang hanya menggunakan satu frekuensi sebagai penerima dan memancar dalam frekuensi yang sama. Pengulang 2 meter Radio Amatur mempunyai Frekuensi Menerima (Input Frequency) 600 kHz lebih rendah dari Frekuensi Memancar (Output Frequency).

Untuk mengguna atau memasuki pengulang, pastikan Pemancar Terima (Transceiver) anda berada dalam Frekuensi dan konfigurasi yang betul, kemudian anda umumkan “9W2BBA di frekuensi” (9W2BBA on frequency) atau “9W2BBA bersedia untuk panggilan” (9W2BBA standing by for a call). JANGAN umumkan “9W2BBA mendengar” (9W2BBA listening) serta lepaskan butang PTT (Push to Talk) dan berharap seseorang akan memanggil anda. Anda sebenarnya mengumumkan ‘anda hanya mendengar’ (monitor) dan tidak menunjukan keinginan untuk berkomunikasi (QSO).

Jika konfigurasi anda betul pengulang akan memancar isyarat anda. Jika tiada jawapan ia hanya meningalkan bunyi pembawa gelombang (Carrier), senyap selepas beberapa ketika.

Adalah penting anda memantau atau mendengar di pengulang, memancar serta mengumukan apa-apa maklumat atau isyarat akan boleh didengar, mungkin anda atau orang lain. Anda tidak mungkin mendengar dari stesyen yang sedang bergerak secara terus, memberikan status isyarat (Signal Report) adalah cara yang amat baik untuk diperaktikan. Laporan status isyarat (Signal Report) adalah terhad kepada anggaran berapa kuat pancaran Stesyen yang sedang bergerak diterima di Penerima Pengulang (Input Repeater) bukan isyarat di radio penerima anda. Ada tiga peringkat yang selalunya kedengaran: PERTAMA ‘SENYAP’ tiada langsung kedengaran bunyi kebisingan (Noise) pada latar belakang. KEDUA ‘KEBISINGAN HALUS’ (Smooth Noise) seperti hanya sedikit bunyi bising “HISS” dalam isyarat. KETIGA “KEBISNGAN KASAR” (Rough Noise) amat sukar difahami kerana kebisingan latarbelkang yang tinggi, seperti ‘Crackling’ atau terputus dengan bunyi gangguan.

Sesekali mendengar melalui Frekuensi Penerima (Input frequency) pengulang semasa sedang berkomunikasi di pengulang adalah idea yang baik, tujuannya adalah untuk memeriksa samada stesyen tersebut boleh didengar tanpa bantuan pengulang jika ia berdekatan. Adalah tidak baik untuk memperaktikan berkomunikasi menggunakan pengulang bila komunikasi secara terus (Simplex) boleh dibuat. Berpindahlah (QSY) ke frekuensi simpleks (Simplex) dan biarkan pengulang terbuka kepada panggilan kecemasan atau stesyen yang jauh untuk menggunakannya.

Setiap pengulang adalah dikongsi oleh banyak operator atau stesyen, jadi setiap komunikasi atau percakapan itu hendaklah setiasa pendek dan padat (KISS - Keep It Short and Simple). Lebih bersesuaian bercakap untuk jangka masa tidak lebih dari dua hingga tiga minit dan berhenti atau biarkan Pengulang kosong (Pause) dalam satu atau dua saat diantara dua stesyen sebelum mengambil PTT, tindakan ini adalah bertujuan untuk memberi ruang kepada mana-mana stesyen atau operator untuk membuat panggilan masuk (Break-In) atau kecemasn. Setiap pengulang mempunyai ciri “characteristics” tersendiri penggunanya:- cara terbaik yang harus dipatuhi ialah: “Dengar dengan baik sebelum memancar transmisi”.

INGAT!!! Perlu Ingat’ agar tidak menjerit atau tinggi suara kepada PTT dan kedudukan hendaklah dalam jarak yang betul diantara mulut dan PTT, untuk kualiti audio yang bagus kepada penerima. Seorang operator yang bijak sentiasa menguji kualiti audionya semasa ke udara.

Menggunakan KUASA PANCARAN TINGGI tidak banyak membantu sebenarnya. INGAT tidak kira berapa tinggi atau rendah kuasa yang memasuki pengulang, kuasa yang keluar (Pancaran) tetap pada tahap yang sama seperti yang telah ditetapkan untuk pancaran pengulang tersebut. KUASA PANCARAN TINGGI juga boleh menyebabkan kekerapan berlaku kepada lain-lain pengulang yang berdekatan. Gunakan kuasa hanya pada tahap yang bersesuaian kepada pengulang yang anda rasa bersesuaian dengan lokasi anda. Ingat!! bila membuat pancaran kepada “Satellites” anda berhubung melalui pengulang yang telah dikonfigurasikan supaya tutup secara otomatik apabila terlebih penerimaan kuasa pancaran masuk. Dalam semua perkara mengenai pengulang menggunakan kuasa pancaran yang bersesuaian sudah mencukupi untuk mengujudkan satu komunikasi yang berkualiti.

Dipetik dari sumber 9W2BBA

27 November 2007

KURSUS FOTOGRAFI DIGITAL 2007



Lokasi : Hotel Rosa Pasedena, Cameron Highlands
Tarikh : 25 hingga 28 November 2007

21 November 2007

UPSR round-up: Terengganu the top scorer in UPSR

KUALA TERENGGANU: Terengganu emerged top of the pack in the Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) examination.
A total of 4,196 of the 24,736 candidates who sat the UPSR in Terengganu scored straight As.

The 17.02 per cent, an increase of 4.69 per cent over last year's performance, was enough for the state to be announced the best overall achiever in the country.

State Education Department director Ariffin Embong said although there was no state-to-state comparison, it was good to know that Terengganu had maintained its level of excellence into the seventh year.

He said a good working relationship between the department, the state government, schools and parents was the key to Terengganu's success.
"Improvement could be seen at every level, including the number of candidates with grade C minimum which had risen to 17,188 or equivalent to 69.71 per cent, an increase of 3.08 per cent.

"It is encouraging to note that the results in the Bahasa Melayu, English, Mathematics, Science and Chinese language subjects were better than that of last year," he said at the department yesterday.

Ariffin said the best performing school in the state was Chalok Special Model School in Setiu.

He said 25 of the 28 UPSR candidates scored straight As.

WELL DONE de 9w2aam

Source: NST

20 November 2007

TIME kendali radio amatur pelajar dengan angkawasan

TIME Engineering Berhad (TIME), baru-baru ini memperdengarkan komunikasi Stesen Bumi di Planetarium Negara dengan Angkasawan, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor di Stesen Angkasa lepas Antarabangsa (ISS) menerusi teknologi radio amatur kepada pelajar-pelajar empat sekolah angkat syarikat itu.

Menerusi program sekolah angkat TIME, setiap sekolah turut menubuhkan kelab Radio Amatur TIME yang dinamakan TIME Arc, yang antara lain membolehkan pelajar-pelajar berhubung menerusi radio amatur antara satu sekolah dengan sekolah yang lain.

Pada sesi tersebut juga, pasukan TIME dengan para guru setiap sekolah menganjurkan kuiz berkaitan angkasawan, angkasa lepas dan komunikasi radio dengan pelajar turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

Peralatan Radio amatur yang digunakan ialah radio VHF/UHF dengan kuasa elektrik 12V dan antena. Pasukan TIME yang merupakan pengendali berlesen Radio Amatur.

TIME Arc merupakan sebahagian daripada ahli Persatuan Kecemasan Radio Amatur Malaysia (MARES), yang antara lain menyediakan komunikasi semasa kecemasan, menyelaraskan perkhidmatan semasa kecemasan dan alat berkongsi pengetahuan.

Pengarah Urusan TIME, Amiruddin Abdul Aziz berkata, teknologi radio amatur telah memberi sumbangan besar dalam operasi menyelamat semasa bencana tsunami di Aceh pada 2004 dan nahas Nuri terhempas, baru-baru ini.

“TIME berbangga dapat bersama-sama menyumbang dengan menyediakan alat teknologi seperti Radio Amatur untuk mendekatkan mereka lagi dengan teknologi angkasa lepas,'' katanya.

“Sebagai syarikat milik kerajaan, TIME telah dan akan terus menjalankan pelbagai aktiviti pendidikan, sosial dan kemasyarakatan, sesuai dengan matlamat menjadi rakan pembina negara ini,'' katanya dalam kenyataan di sini,baru-baru ini.

Empat sekolah angkat TIME tersebut ialah SMK Datuk Haji Mohd. Nor Ahmad, Penang; SMK Sultan Muzaffar Shah 1, Lambor Kanan, Perak; SMK Kelana Jaya, Kelana Jaya, Selangor dan SK Kampung Melayu Niyor, Kluang, Johor mendengar sesi komunikasi itu menerusi teknologi Radio Amatur yang dikendalikan oleh TIME.

Amiruddin berkata, langkah pihaknya mendekatkan para pelajar dengan program angkasawan negara adalah satu sumbangan TIME bagi membangunkan minat mereka dalam bidang sains dan teknologi terutama berkaitan angkasa lepas serta memupuk minat pelajar menjadi angkasawan.

Sesi mendengar komunikasi antara Dr. Sheikh Muszaphar dengan Stesen Bumi di Planetarium Negara telah diadakan pada tepat pukul 10.50 malam di SMK Kelana Jaya, Kelana Jaya dekat sini pada 20 Oktober lalu.


Source: Utusan Malaysia
20 November 2007

16 November 2007

Selamat Menduduki Peperiksaan RAE 2007

Selamat menjawab di dalam Peperiksaan Radio Amatur 2007, jangan lupa bawa barang seperti berikut:

1 Pensil yang tajam dan pemadam
2 Kad Pengenalan
3 Tiket menduduki RAE 2007

Pastikan anda sampai setengah jam di tempat peperiksaan.

Tips bila menghadapi peperiksaan RAE:

1.Makan dahulu sebelum masuk ke dewan peperiksaan,tujuan untuk menghilangkan darah gemuruh.

2.Bila dah terima kertas soalan, ikut arahan yang diberikan. Baca soalan berulang-kali dan cari jawapan yang sesuai.

3.Anda ada banyak waktu dan banyak ruang untuk melakukan kesilapan. Jadi,gunakan waktu yang diberikan dengan sebaik mungkin.

ALL THE BEST

14 November 2007

04 November 2007

Q Code

From Wikipedia, the free encyclopedia

The Q code is a standardised collection of three-letter message encodings, all starting with the letter "Q", initially developed for commercial radiotelegraph communication, and later adopted by other radio services, especially amateur radio. Although Q codes were created when radio used Morse code exclusively, they continued to be employed after the introduction of voice transmissions. To avoid confusion, transmitter call signs have often been limited to restrict ones starting with "Q" or having an embedded three-letter Q sequence. The codes in the range QAA-QNZ are reserved for aeronautical use; QOA-QOZ for maritime use, and QRA-QUZ for all services.

Amateur radio

Selected Q codes were soon adopted by amateur radio operators. In December, 1915 the American Radio Relay League began publication of a magazine titled QST, named after the Q code for "General call to all stations". In amateur radio, the Q codes were originally used in Morse Code transmissions to shorten lengthy phrases and were followed by a Morse code question mark (– – ––– ––– – – ) if the phrase was a question. In voice communications, the Q code is commonly used as shorthand nouns, verbs and adjectives making up phrases. For example, an amateur radio operator will complain about QRM (man-made interference), or tell another operator that there is "QSB on the signal"; "to QSY" is to change your operating frequency.
The following table gives the most common Q codes used in amateur radio:

Code Meaning
QRG : Exact frequency
QRI : Tone (T in the RST code)
QRK : Intelligibility (R in the RST code)
QRL : This frequency is busy.
QRM : Man-made interference
QRN : Natural interference, e.g. static crashes
QRO : Increase power
QRP : decrease power
QRQ : Send faster
QRR : Temporarily unavailable/away, please wait
QRRR: Distress
QRS : Send slower
QRT : Stop sending
QRU : Have you anything for me?
QRV : I am ready
QRX : Will call you again
QRZ : You are being called by ________.
QSA : Signal strength
QSB : Fading of signal
QSD : Your keying is defective
QSK : Break-in
QSL : I Acknowledge receipt
QSM : Repeat last message
QSN : I heard you
QSO : A conversation
QSP : Relay
QST : General call to all stations
QSX : I am listening on ... frequency
QSY : Shift to transmit on ...
QTA : Disregard last message
QTC : Traffic
QTH : Location
QTR : Exact time

02 November 2007

9M4RNC kepada 9M4RNS

Penukaran Callsign/Isyarat Panggilan Repeater Nesrac telah diluluskan
oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 5/9/2007,Penguntukan Radas No Siri : A716048. Terdapat sedikit kelewatan penerimaan Penguntukan Radas oleh Nesrac. Penguntukan Radas yang baru telah diterima pada 2/11/2007 dengan Callsign Repeater yang baru 9M4RNS. Penukaran Callsign Repeater ini adalah wajar kerana terdapat kekeliruan bagi ramai Stesen Radio Amatur diantara Club Callsign dan Repeater Callsign.

Club Callsign : 9M4CRN
Repeater Callsign : 9M4RNC (Lama)
Repeater Callsign : 9M4RNS (Baru)

Penukaran Callsign Repeater ini juga adalah sejajar dengan nama kelab iaitu Kelab Radio Amator Negeri Sembilan. Oleh yang demikian adalah amat bersesuaikan bahawa Callsign Repeater di tukar kepada 9M4RNS "RNS - Repeater Negeri Sembilan"

Dipos Oleh: Jamata