21 July 2009

Gerhana Matahari 22 Julai 2009

Dari Kuala Terengganu, detik fenomena Gerhana Matahari ini dijangka akan mula berlaku pada jam 8.24 pagi dan dijangka sampai ke fasa maksimumnya (13% maksimum), pada pukul 9.08 pagi serta berakhir pada jam 9.56 pagi.

Pastikan anda mengetahui cara selamat melihat gerhana matahari, seperti berikut:

1. Menggunakan penebat (penapis) alpha-hydrogen

2. Menggunakan penebat aluminium mylar

3. Menggunakan filem hitam putih (monokrom) yang telah didedahkan kepada cahaya dan telah diproses. Filem yang telah terdedah dan diproses akan menghasilkan lapisan perak yang melindungi mata daripada bahaya cahaya matahari.

4. Menggunakan kaca penebat (glass-filter) yang khusus untuk matahari

5. Menggunakan kaedah projection seperti lakaran di atas. Teleskop atau binokular dengan tripod lebih sesuai digunakan.

6. Menggunakan kamera lubang jarum

7. Paling tidak, anda boleh memerhatikan bayang matahari pada tanah yang melalui celah celah dahan pokok. Anda mungkin dapat menyaksikan suatu yang cukup menarik. Boleh juga memerhatikan cahaya matahari yang melalui lubang kecil pada atap rumah anda yang menyinari lantai/dinding rumah. Perhatikan cahaya pada lantai/dinding tersebut..

Many thanks to 9w2wna for sharing this info.

11 July 2009

PENGUMUMAN PENUKARAN FREKUENSI 9M4RBJ

Penukaran frekuensi 9M4RBJ (PEMANCAR) bagi Kuala Terengganu serta kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya berkuatkuasa mulai 11hb Julai 2009.Frekuensi Baru adalah seperti berikut:
146.900
SHIFT-0.600
TONE 123

Harap maklum.