14 October 2008

EYEBALL @ SKUDAI,JB

Setibanya di Skudai (13/10/2008) atas urusan saltmine, gatal tangan tak dapat dielakkan untuk mencari rakan-rakan dan sempat QSO dengan tiga station iaitu 9W2BUY, 9W2RLW dan 9W2HJB dan dah buat appointment untuk eyeball malam nanti.

Sungguh tak sangka layanan rakan-rakan ham di sini dari satu meja menjadi dua meja. Pekena pulak sup yang 'kaw' dekat Taman Uda Baru (hehehe terima kasih 9W2HJB yang jemput kami, saya sendiri, 9w2ITC dan pegawai kami En. Zaidi) Eyeball mula jam 10 mlm dan berlarutan sampai jam 2 pg, banyak isu dibincangkan tapi mata tidak mengizin untuk terus bersama-sama rakan-rakan ham tapi seronok. Eyeball ni cukup memberi makna bahawasanya kita pasti tidak kesunyian.

09 October 2008

RADIO AMATEUR EXAMINATION 2008-2

Closing Date : 24 October 2008 at 5:00 PM

Examination Date & Time : 17 December 2008 at 2:00 PM

Download Iklan:

BI-RAE 2008-2 Notification (English) :
http://www.skmm.gov.my/Admin/WhatIsNew/CCD/RAE_NOTICE_2008_2.pdf

BM-Notis Peperiksaan Radio Amatur 2008-2 :
http://www.skmm.gov.my/Admin/WhatIsNew/CCD/RAE_NOTIS_2008_2.pdf


Borang:

RAE 2008-2 Examination Application Form
http://www.skmm.gov.my/Admin/WhatIsNew/CCD/RAE_APPLICATION_FORM.pdf

STATUS KECURIAN KENDERAAN 9W2STI

Salam Sejahtera,

Maklumat terkini yang saya dapat dari 9W2STI, jam 11:15 malam tadi.

Suspek telah ditahan oleh pihak polis. Untuk pengetahuan, suspek merupakan
ayah kepada Bang Jamal. Diketahui suspek mempunyai sedikit masalah mental.

Terima kasih kepada yang telah membantu.

Regards,

FahRoe Ibrahim

08 October 2008

MAKLUMAT PENTING:

Berita diterima dari 9W2STI - Shahrul Azmin

Sebuah kereta kepunyaan rakan ham, Jamal telah dilarikan oleh perompak. Lebih malang, harmonic beliau turut berada didalam kenderaan tersebut ketika dilarikan.

Mohon kerjasama rakan-rakan untuk membantu mencari kenderaan tersebut. Maklumat lanjut seperti berikut:

Kenderaan : Honda City Hijau Gelap
Plate No : WLV 508
Lokasi kejadian : Bandar Tun Razak
Tarikh : 8 October 2008
Masa : 9:30pm
Lain maklumat : Harmonic / Anak to Abg Jamal berusia 3 tahun berada didalam kenderaan
Talian : 012-6563658

Diharap dapat dihebahkan ke rakan-rakan untuk membantu mencari.

Terima kasih.

Regards,

FahRoe Ibrahim

03 October 2008

PEMEGANG LESEN BARU

Alhamdulillah keputusan rae dah keluar,saya dengar kali ini lebih ramai yang lulus ada yang 2 kali ambil pun dah lulus,ucapan tahniah saya kepada Amirul( Sik )kini 9W2AXS 2 kali rae baru lulus kata pepatah orang tua hendak seribu daya tak nak seribu dalih anda dah membuktikan cita-cita berserta usaha telah membuahkan hasil.
Sejak akhir-akhir ini saya agak sibuk dengan tugasan,saya kurang monitor kemunculan pemegang lesen baru di udara harap mereka merupakan anak didik yang telatih yang mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh lagi.

Alangkah baiknya:

a.Jika prosdur mencelah masuk hanya dengan menyatakan callsign anda bukannya CONTACT!!

b.Sebut saja pengulang/repeater jangan sebut JALUR PANJANG

c.Sebut saja teh tarik dan bukannya TANGO-TANGO.

d.Q-code hanya untuk signal tak payahlah cakap nak bagitau hujan lebat mana cakap aja renyai/bubuk atau lebat kan lebih mudah rakan faham.

e.Tak perlulah panggil CQ dekat repeater untuk mulakan QSO sebab repeater tu coverage dia meluas, ramai yang monitor cukup sekadar nyatakan "jika ada mana-mana stesen yang sudi QSO dengan saya sila panggil 9W2AXS,9W2AXS standing by kalau segan sangat "radio check 1,2,3,4 disini 9W2AXS,9W2AXS radio check and standby"bila ada mana stesen yang masuk QSOlah jika iannya stesen yang pertama anda hubungi/contact maklumkan serba ringkas nama/qth/setup anda.

f.Yang ini tak ramai ham ambil perhatian sangat bila anda gunakan high power tak usahlah cerita anda push habis power rig anda mungkin nak tujuk sikit anda punya antena swr ok tx high power tak ada masalah,logik ke AA anda cover 50w power transmission anda tx 75w,cakap aja medium power transmission, dekat logbook anda catat berapa watt? out of permission ke?

Diambil dari 9m2mgl.blogspot.com

Guidelines dan teguran dari 9M2 kita patuhi de 9W2AAM