30 November 2009

INFO CUACA TERKINI

Sila lawati web site ini utk info terkini:

Info Cuaca Terkini

20 November 2009

AMARAN KUNING BANJIR

Sila buat persiapan untuk bergerak serta-merta sekiranya MARES dipanggil untuk memberi bantuan.

73 de
9w2fd

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htm

Siap sedia hadapi banjir
Oleh ZAMZURINA AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 14 Nov. - Jabatan Meteorologi Pahang menasihatkan penduduk
di beberapa daerah negeri ini supaya bersiap sedia dan berjaga-jaga
berikutan hujan lebat diramalkan bermula esok hingga Khamis ini.

Pengarahnya, Md. Kamsan Hamdan berkata, pada Khamis lepas, pihaknya
telah mengeluarkan amaran kuning iaitu nasihat berikutan hujan
sederhana dan kadangkala lebat yang boleh menyebabkan banjir.

Beliau berkata, antara daerah yang dikenal pasti akan berlakunya
banjir ialah Kuantan, Maran, Rompin, Temerloh, Rompin dan kawasan
rendah yang sering berlaku banjir.

''Bagaimanapun, kita akan sentiasa berjaga-jaga dan mempertingkatkan
arahan kepada amaran jingga dan merah jika hujan masih berlarutan,"
katanya kepada pemberita sempena Kempen Kesedaran Awam- Mengenai Cuaca
Ekstrem, Gempa Bumi dan Tsunami di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran
kemungkinan banjir di kawasan rendah di Pahang dan Johor berikutan
hujan lebat dijangka berterusan sehingga pagi ini.

Menurut Md. Kamsan, amaran awal yang dikeluarkan tidak akan berkesan
sepenuhnya tanpa adanya kesedaran awam terhadap bahaya bencana cuaca
ekstrem seperti banjir, gempa bumi dan tsunami.

''Oleh itu kami mengharapkan kesedaran dan kerjasama daripada
masyarakat agar dapat mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan
kemusnahan harta-benda," jelasnya.

Dalam pada itu, pihaknya telah meletakkan alat pengesan tsunami di
pantai Teluk Chempedak di sini bagi membolehkan orang ramai membuat
persediaan menghadapi bencana alam itu.

''Sekiranya berlaku gempa bumi di laut dan menunjukkan tanda-tanda
tsunami maka siren yang dipasang akan berbunyi dan terus dikesan ke ibu
pejabat.
''Dalam tempoh 15 minit, maklumat tersebut akan dihebahkan kepada
orang ramai supaya bersiap sedia menghadapinya dan bantuan akan segera
disalurkan," jelasnya.

05 November 2009

AWAS: Situasi amaran banjir di Kelantan

Memandangkan musim hujan telah mula tiba, disarankan anda memantau laman maklumat amaran banjir untuk setiap negeri yang berkenaan. Disertakan di sini laporan paras air sungai dan empangan di Kelantan. Maklumat untuk negeri-negeri yang lain boleh juga dicapai melalui laman yang sama.

Untuk makluman dan tindakan anda.

73 de 9W2FD
Emergency Response Team

http://infobanjir.water.gov.my/waterlevel_page.cfm?state=KEL

Trima kasih kepada 9W2FD di atas info ini de 9W2AAM