26 October 2007

Ekspo Program Pembudayaan Penggunaan Teknologi Maklumat

Satu Ekspo Program Pembudayaan Penggunaan Teknologi Maklumat anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Terengganu akan diadakan selama 3 hari mulai 3 hingga 5 November 2007, bertempat di SK. Tok Randok, Hulu Terengganu.

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Ekspo tersebut ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberi tahu kelak. Terima kasih kepada rakan-rakan amatur yang ingin memberi bantuan sewaktu ekspo ini. Harap maklum.

25 October 2007

Frekuensi Repeater Terengganu

9M4RBJ (Bukit Jerung, Marang) 147.800 Shift -0.600 Tone 123
9M4RBT (Bukit Bauk, Dungun) 147.000 Shift -0.600 Tone 123
9M4RBA (Bukit Bintang, Besut) 147.625 Shift -0.600 Tone 123

21 October 2007

First Malaysian astronaut returns to hero's welcome

Photo: Reuters

MOSCOW (Reuters) - Malaysia's first astronaut landed safely back in Kazakhstan to a hero's welcome on Sunday with two Russian cosmonauts after spending 11 days in space, officials at Moscow's mission control said.

The Soyuz capsule carrying Sheikh Muszaphar Shukor, an orthopaedic surgeon from Kuala Lumpur, touched down about 200 km off course at 1037 GMT because the trajectory of the capsule was changed after entering the atmosphere.

International Space Station commander, Fyodor Yurchikhin, and flight engineer, Oleg Kotov, who had both spent 197 days in space, accompanied Shukor on his return to earth.

Dashing towards earth in what officials call a "ballistic" landing put more stress on the astronauts but all three were in good health, Russian Space Agency chief Anatoly Perminov said.

In such a landing, the capsule follows a much steeper and shorter trajectory to earth, causing more spin and resulting in a bumpier ride that puts a greater strain on its occupants.

"They all feel satisfactory, I would even say well. And Sheikh Muszaphar feels best of all as his trip to space was much shorter than the other astronauts," Perminov said.
ADVERTISEMENT

"The load on the astronauts was a little more than under a normal landing, that is natural. But the so called ballistic trajectory was held only for the last few minutes," he said.

A Malaysian deputy prime minister welcomed Shukor to earth saying his flight would go down in the annals of the Southeast Asian state's history.

Feted as a hero in Malaysia, Shukor's relatives at Mission Control outside Moscow clapped with joy when he landed after having said prayers for his safe return.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1428H

Hari raya semakin hampir, bahangnya sudah terasa terutama pada ketiga-tiga harmonic, nampak mereka dah tak sabar untuk memakai baju raya, namun begitu ada terasa kehilangan sesuatu. Sering terkenang wajah dan dan tunjuk ajarnya setiap kali bertemu dengannya walaupun buat seketika.

Setiap kali menatapi wajah ibuku, akan terkenang wajah sifuku (arwah 9M2GL) Al Fatihah.

Kepada rakan-rakan radio yang mengenali diri ini, aku mohon ampun dan maaf kiranya ada tersilap tuturkata ketika ke udara. Ketika memandu tu tak kiralah balik kampung ke atau balik ke rumah, pandulah berhati-hati. Salam 73 - ALL THE BEST

GELOMBANG BERLESEN

Oleh Ziauddin Sharuddin (zia@nstp.com.my)

Kumpulan radio amatur Malaysia bantu pihak berkuasa hadapi saat kecemasan, bencana alam


SEBAIK memasuki sebuah bilik di rumah seorang pengarah urusan sebuah syarikat, seolah-olah berada di bilik kawalan lapangan terbang.

Kamsol Warjan seorang radio amatur yang berhabis hingga RM80,000 untuk melengkapkan sebuah bilik khas di rumahnya dengan pelbagai peralatan canggih kerana minat itu. Di bilik itu, Kamsol, berhubung dengan teman radio amatur seluruh dunia.


Apakah radio amatur? Istilah ini sebenarnya merujuk kepada sekumpulan manusia di seluruh dunia yang berkomunikasi melalui pelbagai frekuensi radio dengan menggunakan pelbagai jenis peralatan pemancar tanpa wayar. Seperti konsep walkie talkie, komunikasi radio amatur terhad kepada hubungan dua hala.

Bagi Kamsol minat terhadap radio amatur bercambah menerusi hobinya, menyertai ekspedisi kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang menyebabkan dia sering masuk ke dalam hutan pada pertengahan tahun 1990-an.


“Telefon bimbit memang tidak berguna dalam hutan kerana tiada liputan. Walkie talkie pula hanya boleh digunakan pada jarak tertentu.

"Ramai kawan yang menyertai ekspedisi 4WD menggunakan radio amatur yang terbukti berkesan di tempat terpencil seperti hutan,” katanya.

Didorong minat dan galakan rakan, Kamsol menduduki ujian yang diwajibkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan mendapat lesen radio amatur kelas B pada 2001, diikuti kelas A empat tahun berikut.

Minat Kamsol terhadap radio amatur cukup mendalam menyebabkannya membeli pelbagai peralatan komunikasi canggih.

“Sebenarnya jika hendak berkomunikasi, peralatan biasa sudah memadai. Bagaimanapun, peralatan lebih canggih diperlukan untuk menghubungi teman radio amatur luar negara, terutama yang jauh seperti Amerika Syarikat,” katanya.

Antara pengalaman menariknya ialah ketika menyertai Ekspedisi Petronas Siberia 2002.

“Di sempadan China dan Mongolia, saya berhubung dengan rakan di tanah air. Itulah tempat paling jauh saya menggunakan peralatan radio amatur. Kalau telefon bimbit, mustahil untuk buat begitu,” katanya.

Selain itu, katanya menerusi radio amatur, katanya mudah mendapat rakan di luar negara dan ini berguna apabila hendak pergi ke luar negara.

“Saya pernah pergi ke Filipina. Seminggu sebelum ke sana, saya berkomunikasi dengan ahli radio amatur di sana untuk mendapat maklumat seperti hotel yang sesuai. Mereka bukan saja memberi maklumat itu, malah sanggup menunggu di lapangan terbang,” katanya.

Selain berkomunikasi dan mendapat teman baru, Kamsol yang juga Naib Presiden Persatuan Perkhidmatan Kecemasan Radio Amatur Malaysia (Mares) berkata, penggunaan radio amatur sebenarnya sangat luas.

Presiden Mares, Abdul Aziz Mohd Noor, berkata antara sumbangan ahli radio amatur ialah apabila bencana alam berlaku.

Katanya, Mares yang ditubuhkan untuk menggembleng kepakaran ahli membantu pihak berkuasa kerana ketika bencana alam seperti banjir besar, komunikasi menggunakan talian tetap dan telefon bimbit terhenti.

Bagaimanapun, katanya radio amatur dengan kelebihan frekuensi radio tanpa had dengan peralatan canggih membolehkan komunikasi terus berfungsi, sekali gus membantu gerakan mencari dan menyelamat.

Katanya, ahli radio amatur aktif menyertai gerakan menyelamat seperti tragedi Highland Towers pada 1993 dengan menyediakan kemudahan komunikasi menghubungkan tempat kejadian dan Hospital Kuala Lumpur.

Selepas itu, katanya beberapa kejadian seperti kilang bunga api meletup di Rawang, tanah runtuh di Pos Dipang, Kampar dan ribut Greg di Keningau.

“Ini menyebabkan sekumpulan radio amatur memutuskan untuk menubuhkan Mares pada Jun 2002,” katanya.

Sejak itu, Mares memberikan bantuan dalam beberapa tragedi seperti kapal terbang terhempas di Genting Bidai dekat Bentong, Pahang pada 2004, malah ke Meulaboh, Acheh dan Medan, Indonesia, selepas bencana tsunami.

Kali terakhir ialah akhir tahun lalu dan awal tahun ini untuk membantu pihak berkuasa dan pertubuhan bukan kerajaan ketika banjir besar di Johor.

Sementara itu Presiden Malaysian Amateur Radio Transmitters Society (Marts), Syed Shehan Syed Sultan, berkata ada pelbagai aktiviti ahli radio amatur seperti bercakap dan mendengar perbualan ahli lain.

Bagaimana, katanya mendengar dan bercakap adalah kegiatan sampingan dengan matlamat utama menggalakkan ahli melakukan uji kaji atau reka cipta.

“Ada ahli yang boleh memasang peralatan radio amatur seperti radio dan antena hingga boleh digunakan untuk berkomunikasi.

“Mereka dipandang tinggi dan dihormati apabila ahli radio amatur lain mendapat tahu bahawa peralatan yang digunakan adalah `homebrew’ atau dipasang sendiri,” katanya.

Beliau berkata, radio amatur bukan hobi untuk golongan mewah seperti sangkaan sesetengah pihak, tetapi disertai semua peringkat masyarakat.

“Saya mengenali Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat terkemuka menjadi radio amatur. Pada masa sama, ada peniaga kecil seperti penjual ikan meminati hobi yang sama kerana harga peralatan asas tidak terlalu mahal (antara 400 hingga RM500),” katanya.

Katanya, memiliki lesen kelas A juga diwajibkan terhadap setiap angkasawan, termasuk dua calon angkasawan negara.

Malah, katanya ahli radio amatur di bumi boleh berkomunikasi dengan angkasawan negara di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), Oktober ini.

FAKTA: Radio amatur

1. Radio amatur juga dikenali sebagai ham radio.

2. Radio amatur ialah hobi membina, menguji dan berkomunikasi melalui radio. Kebanyakan radio amatur melalui percubaan demi percubaan boleh memasang peralatan elektronik.

3. Antara kelebihan radio amatur ialah boleh berkomunikasi dari mana-mana tempat dan setiap masa. Ini amat berguna ketika bencana dan terbukti di seluruh dunia, radio amatur memberi banyak bantuan kepada pihak berkuasa.

4. Keunikan radio amatur membolehkan perhubungan antara manusia di bumi dengan angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan. Kelebihan lain radio amatur termasuk membolehkan fail atau gambar dihantar secara digital. Banyak peralatan elektronik sekarang seperti mesin faks adalah berasaskan radio amatur.

5. Sejarah radio amatur seusia dengan kewujudan radio.

6. Kongres Amerika Syarikat meluluskan undang-undang untuk mengawal selia pemancaran radio pada 1912.

7. Pengguna radio amatur Amerika Syarikat berkomunikasi di seluruh negara dan mewujudkan sistem penghantaran mesej pada 1914.

8. Radio amatur diperkenalkan di Malaysia oleh orang British pada 1920.

9. Persatuan Radio Amatur Selangor dan Perak ditubuhkan pada 1947, manakala Malayan Amateur Radio Transmitters Society pada 1952.

10. Pada peringkat awal di Malaysia, bilangan radio amatur tidak ramai. Hanya ada kira-kira 300 radio amatur pada 1997.

11. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 1997, memperkenalkan lesen Kelas B yang hanya memerlukan lulus ujian teori. Lulus ujian kod Morse pula diperlukan untuk mendapat lesen kelas A.

12. Pemegang kelas B hanya boleh menggunakan frekuensi antara 28-29.7 Megahertz (MHz), 50-54 MHz, 144-148 MHz dan 430-440 MHz. Kelas A pula boleh menggunakan lebih banyak frekuensi dan berkomunikasi ke seluruh dunia.

SUMBER: Berita Harian

Angkasawan kita selesai uji kaji

TUMPUAN DUNIA: Pusat Kawalan Misi di Moscow sentiasa memantau kedudukan angkasawan di ISS.

Dr Sheikh Muszaphar lakukan penyelidikan tanpa masalah, kesihatan dipantau MCC

KEADAAN kesihatan krew di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), termasuk angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha sentiasa dipantau apabila mereka terdedah kepada pelbagai risiko sepanjang menjalankan misi di angkasa lepas.

Pengarah Program Angkasawan Negara, Kol Dr Zulkeffeli Mat Jusoh, berkata sepanjang di ISS angkasawan terdedah kepada radiasi dan mikrograviti yang akan memberi kesan terhadap sistem tubuh.

Katanya, angkasawan di ISS akan terdedah kepada radiasi yang bersamaan dengan membuat sinar-X sebanyak lima kali sehari di bumi.

"Selain boleh menyebabkan kanser, pendedahan kepada radiasi juga menyebabkan bilangan sperma subur seseorang juga merosot.

"Hasil pemantauan terhadap Dr Sheikh Muszaphar setakat ini, kita dapati keadaan kesihatan beliau adalah baik dan memuaskan sepanjang menjalani kehidupan sebagai angkasawan di ISS.

"Dia dapat tidur lapan jam sehari, dapat menyelesaikan urusan di tandas dengan selesa, tidak perlu mengambil ubat, walaupun beliau ada mengadu sakit belakang selepas tidur," katanya di sini, semalam.

Dr Zulkeffeli berkata, sistem perlindungan pasif dan aktif yang tersedia di ISS dapat menampung dan mengurangkan kesan radiasi yang dialami angkasawan.

Sistem perlindungan pasif yang tersedia di ISS terdiri daripada lapisan aluminium di bahagian luar ISS untuk membiaskan radiasi solar (matahari), baju angkasawan dan di bahagian dalaman, pembungkus makanan yang dibuat daripada bahan khas juga akan menyerap radiasi.

"Radiasi hanya memberi kesan kepada sel hidup, justeru tiada masalah untuk angkasawan memakan makanan di dalamnya," katanya sambil menambah bahagian yang paling terdedah dan kurang perlindungan kepada radiasi dalam ISS adalah kabin tidur angkasawan.

Mengenai sistem perlindungan aktif, beliau berkata, sistem komputer di pusat kawalan bumi di Pusat Kawalan Misi (MCC), Moscow akan sentiasa memantau kedudukan ISS dan menjangkakan bila akan berlaku letusan solar yang akan mengeluarkan paras radiasi lebih tinggi.

Carta yang dirumus di MCC akan dihantar ke ISS untuk mengubah sudut kedudukan bagi membolehkannya membias keluar sinar berbahaya, sekali gus melindunginya daripada pendedahan langsung kesan radiasi berpunca daripada aktiviti solar.

Dr Zulkeffeli berkata, persekitaran mikrograviti pula menyebabkan sistem cairan badan angkasawan cenderung untuk bertumpu kepada sesuatu bahagian saja.

"Justeru, angkasawan perlu sentiasa melaraskan kedudukan bagi membolehkan cairan badan seperti darah dan air dapat mengalir ke seluruh badan," katanya.

Katanya, pendedahan radiasi setiap krew ISS juga dipantau pusat kawalan di MCC, tetapi data berkenaan tidak diumumkan kerana ia dianggap sebagai rahsia peribadi setiap angkasawan.

Mengenai aktiviti angkasawan negara di ISS semalam, beliau berkata, angkasawan negara sudah menyelesaikan sebahagian besar uji kaji saintifik dan kini mengemas kini bahan dan modul untuk persediaan sebelum mendarat, mengambil video kehidupan di ISS termasuk mengerjakan solat dan meletakkan cap ISS pada semua barang simbolik dibawa.

"Menerusi perbualan kami dengan Dr Sheikh Muszaphar, beliau lebih senang bersolat secara duduk. Beliau tidak melakukannya secara berdiri kerana sukar melakukan beberapa rukun lain termasuk rukuk," katanya.

Sumber: Berita Harian